Semangat memberi dapat dirasakan apabila lebih 220 kanak-kanak dan ibu bapa dalam program pengukuhan keluarga, Leap, berganding bahu untuk mengagih beg yang mengandungi keperluan runcit kepada 43 penerima zakat di bawah jagaan Masjid Angullia.
Leap yang kini dalam pusingan ketiga dengan penglibatan 160 keluarga, adalah program buat penerima zakat yang diusahakan Pusat Pelita, kendalian Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), untuk...





