Bangunan Our Tampines Hub (OTH) meriah dengan pelbagai kegiatan termasuk permainan tradisional dan bengkel seni percuma apabila acara Sambutan Hari Raya 2025 dilancarkan pada 22 Mac.
Acara yang dilancarkan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang juga merupakan Anggota Parlimen (AP) GRC Tampines, akan berlangsung hingga 13 April dan menawarkan pelbagai kegiatan menarik bagi pengunjung.





