Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

OTH lancar acara Sambutan Hari Raya 2025

Mar 22, 2025 | 9:01 PM
Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, turut serta dalam permainan congkak bersama mereka yang hadir pada acara Sambutan Hari Raya 2025, yang dilancarkan pada 22 Mac.
Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, turut serta dalam permainan congkak bersama mereka yang hadir pada acara Sambutan Hari Raya 2025, yang dilancarkan pada 22 Mac. - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA

Bangunan Our Tampines Hub (OTH) meriah dengan pelbagai kegiatan termasuk permainan tradisional dan bengkel seni percuma apabila acara Sambutan Hari Raya 2025 dilancarkan pada 22 Mac.

Acara yang dilancarkan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang juga merupakan Anggota Parlimen (AP) GRC Tampines, akan berlangsung hingga 13 April dan menawarkan pelbagai kegiatan menarik bagi pengunjung.

Antara kegiatan tradisional yang disediakan termasuk congkak, gasing, batu seremban dan capteh.

Turut hadir di acara tersebut ialah AP GRC Tampines yang lain – Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Dr Koh Poh Koon; Setiausaha Parlimen Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Encik Baey Yam Keng; dan Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North East, Encik Desmond Choo.

Dr Charlene Chen, penasihat kedua badan akar umbi GRC Tampines, yang juga wajah baru Parti Tindakan Rakyat (PAP), turut hadir pada acara tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg