KAHIRAH: Jawatankuasa Menteri Arab-Islam menyuarakan kebimbangan mendalam berhubung kegagalan pelaksanaan gencatan senjata di wilayah itu, dalam satu mesyuarat bersama Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah, Cik Kaja Kallas, yang berlangsung di Kahirah 23 Mac.
Mesyuarat tersebut disertai oleh menteri luar dari Jordan, Palestin, Qatar, Mesir, Turkey, Indonesia, Bahrain, Amiriah Arab Bersatu (UAE) serta Setiausaha Agung Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam...





