CHIANG MAI: Sebuah helikopter berwarna oren terang meluncur laju merentasi hutan tebal utara Thailand, membawa misi penting — memadamkan kebakaran hutan yang semakin marak dan menambah parah pencemaran udara di Chiang Mai, destinasi pelancongan utama negara itu.
Di sebalik kokpit helikopter buatan Russia itu ialah Kapten Chutaphorn Phuangchingngam, satu-satunya juruterbang wanita dalam pasukan pencegahan bencana kebangsaan Thailand. Dengan pengalaman lebih...





