SHAH ALAM: Seorang lelaki lemas dipercayai ketika cuba menyelamatkan anaknya yang jatuh sungai ketika memancing di Kampung Bukit Jati, Klang, pada malam 26 Mac.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Encik Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai insiden itu pada 7.42 malam.





