Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bapa lemas cuba selamatkan anak jatuh sungai di Klang

Mar 27, 2025 | 6:56 PM
Seorang lelaki maut ketika cuba menyelamatkan anaknya terjatuh ke dalam sungai di Jalan Bukit Jati, Kampung Bukit Jati, Klang pada 26 Mac.
Seorang lelaki maut ketika cuba menyelamatkan anaknya terjatuh ke dalam sungai di Jalan Bukit Jati, Kampung Bukit Jati, Klang pada 26 Mac. - Foto BHM

SHAH ALAM: Seorang lelaki lemas dipercayai ketika cuba menyelamatkan anaknya yang jatuh sungai ketika memancing di Kampung Bukit Jati, Klang, pada malam 26 Mac.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Encik Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai insiden itu pada 7.42 malam.

Berdasarkan maklumat awal, lelaki berusia 40 tahun itu dikatakan sedang memancing bersama anak lelaki berumur 11 tahun, lapor Berita Harian Malaysia.

“Mangsa kemudian dipercayai terjun ke sungai untuk menyelamatkan anaknya.

“Anak mangsa dapat diselamatkan dan dibawa ke hospital oleh orang awam.

“Mayat dilaporkan ditemui kira-kira 9 malam pada jarak tiga meter dari lokasi mangsa dipercayai jatuh,” katanya dalam kenyataan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg