WASHINGTON: Tindakan Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, mengenakan tarif meluas mencipta ketidakpastian besar dan merosakkan keyakinan, namun ia tidak akan menyebabkan kemelesetan ekonomi, kata Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Cik Kristalina Georgieva.
Cik Georgieva, dalam temu bual utama pertama beliau sejak Encik Trump memegang jawatan, menekankan cabaran yang dihadapi ekonomi global, yang masih mencatatkan pertumbuhan mengecewakan selepas kesan...





