Hampir $2 juta telah dikumpulkan untuk disalurkan ke Gaza sejak beberapa minggu lalu, di bawah kempen Aid for Gaza, hasil sumbangan masyarakat setempat, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
Kempen yang bermula sejak 24 Februari diterajui Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) dengan usaha rakan kongsi M³ dan masyarakat.





