Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

$2j sudah dikumpul untuk Gaza

Apr 4, 2025 | 9:01 PM
Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata hampir $2 juta telah dikumpulkan untuk disalurkan ke Gaza di bawah kempen Aid for Gaza yang bermula sejak 24 Februari.
Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata hampir $2 juta telah dikumpulkan untuk disalurkan ke Gaza di bawah kempen Aid for Gaza yang bermula sejak 24 Februari. - Foto BH oleh KHALID BABA

Hampir $2 juta telah dikumpulkan untuk disalurkan ke Gaza sejak beberapa minggu lalu, di bawah kempen Aid for Gaza, hasil sumbangan masyarakat setempat, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Kempen yang bermula sejak 24 Februari diterajui Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) dengan usaha rakan kongsi M³ dan masyarakat.

Ia merupakan sumbangan tambahan daripada lebih $20 juta yang telah dikumpul setakat ini bagi bantuan kemanusiaan buat penduduk Palestin yang ditimpa kezaliman dan kehancuran.

Menyatakan demikian di Perjumpaan Hari Raya Menteri 2025 di Hotel Pan Pacific pada 4 April, Encik Masagos berkata RLAF juga telah anjurkan kutipan dana di masjid-masjid untuk mangsa gempa di Myanmar semasa solat Jumaat pada 4 April, yang akan disalurkan kepada dana Palang Merah Singapura. 

Kutipan itu sebagai respons kepada kejadian gempa bumi berukuran 7.7 yang melanda Myanmar pada 28 Mac.

Pada 29 Mac, satu pasukan yang terdiri daripada 80 anggota Operasi Lionheart, bersama empat anjing penyelamat Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah dikerahkan ke Myanmar untuk misi mencari dan menyelamat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg