SEOUL: Ketua parti pembangkang utama Korea Selatan, Encik Lee Jae-myung, pada 9 April mengumumkan peletakan jawatannya sebagai pemimpin Parti Demokrat, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa beliau bakal mengumumkan pencalonannya untuk Pilihan Raya Presiden Korea Selatan yang dijadualkan pada 3 Jun ini.
“Saya akan memulakan tugas baharu,” kata Encik Lee dalam satu mesyuarat kepimpinan parti yang disiarkan secara langsung menerusi saluran...





