Harga kereta dijangka kekal tinggi selepas harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) meningkat dalam tender terkini pada 9 April.
Premium bagi COE Kategori A, untuk mendaftarkan kereta lebih kecil dan kurang berkuasa serta kenderaan elektrik (EV), meningkat 3.4 peratus kepada $97,724, berbanding $94,502 pada tender 19 Mac.





