Premium COE Kategori A naik 3.4% kepada $97,724

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Premium COE Kategori A naik 3.4% kepada $97,724

Apr 9, 2025 | 6:19 PM

Premium COE Kategori A naik 3.4% kepada $97,724

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Harga kereta dijangka kekal tinggi selepas tender Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) terkini.
Harga kereta dijangka kekal tinggi selepas tender Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) terkini. - Foto fail

Harga kereta dijangka kekal tinggi selepas harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) meningkat dalam tender terkini pada 9 April.

Premium bagi COE Kategori A, untuk mendaftarkan kereta lebih kecil dan kurang berkuasa serta kenderaan elektrik (EV), meningkat 3.4 peratus kepada $97,724, berbanding $94,502 pada tender 19 Mac.

Untuk Kategori B, iaitu untuk kereta serta EV lebih besar dan lebih berkuasa, premium adalah $117,899, peningkatan 0.9 peratus daripada $116,890 pada tender terakhir, lapor The Straits Times (ST).

Harga COE Kategori E (Kategori Terbuka) adalah $117,002, iaitu $11 lebih tinggi daripada $116,991 pada tender sebelumnya.

COE Kategori E boleh digunakan untuk mendaftarkan mana-mana jenis kenderaan kecuali motosikal, tetapi biasanya digunakan untuk kereta lebih besar dan lebih berkuasa.

Harga COE untuk kenderaan komersial (Kategori C) adalah $68,782, turun 1.9 peratus daripada $70,089 tiga minggu lalu.

Premium COE untuk motosikal (Kategori D) adalah $9,889, meningkat 4 peratus daripada $9,511 pada tender sebelumnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg