YANGON: Ketika Myanmar berhempas-pulas menangani gempa bumi yang dahsyat, Amerika Syarikat menghadapi kritikan kerana meminggirkan negara itu pada saat-saat ia memerlukan bantuan dan menyerahkan kepimpinan sejagat dalam tindak balas bencana kepada pesaingnya.
Gempa bumi sekuat 7.7 mengikut skala Richter yang melanda pada 28 Mac, dan mengorbankan beribu-ribu orang, adalah bencana alam besar pertama sejak pentadbiran Presiden Donald Trump membatalkan program...





