Pilihan raya bukan hanya tentang mengundi untuk Anggota Parlimen (AP) di kawasan tersebut, bahkan mengenai memilih pemerintah yang berupaya melindungi Singapura serta kepentingan jangka panjangnya, kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, pada 15 April.
Beliau menegaskan demikian kepada wartawan setelah dikemukakan beberapa soalan tentang barisan calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang bakal bertanding di GRC East Coast,...





