Perbezaan pendapat dan ketegangan sekali-sekala adalah lumrah dalam mana-mana masyarakat, namun Singapura mampu terus maju jika rakyatnya memilih untuk bersatu, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
Demikian ditekankan Encik Masagos, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, semasa sidang media pengumuman calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) untuk GRC Tampines dan SMC Tampines Changkat bagi...





