Isteri mantan Presiden pertama Singapura, Allahyarham Encik Yusof Ishak, Puan Noor Aishah Salim, telah kembali ke rahmatullah awal pagi Selasa, 22 April.
Menurut satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO), Allahyarhamha meninggal dunia dengan tenang di Hospital Besar Singapura. Beliau berusia 91 tahun.





