Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Isteri mantan Presiden pertama Singapura, Allahyarham Encik Yusof Ishak, Puan Noor Aishah Salim, meninggal dunia

Apr 22, 2025 | 8:29 AM
Puan Noor Aishah merupakan tunggak sokongan yang teguh kepada Presiden Yusof Ishak sepanjang tempoh perkhidmatnya dari tahun 1959 hingga 1970. 
Puan Noor Aishah merupakan tunggak sokongan yang teguh kepada Presiden Yusof Ishak sepanjang tempoh perkhidmatnya dari tahun 1959 hingga 1970.  - Foto fail.

Isteri mantan Presiden pertama Singapura, Allahyarham Encik Yusof Ishak, Puan Noor Aishah Salim, telah kembali ke rahmatullah awal pagi Selasa, 22 April.

Menurut satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO), Allahyarhamha meninggal dunia dengan tenang di Hospital Besar Singapura. Beliau berusia 91 tahun.

Berikut kenyataan penuh PMO:

“Perdana Menteri dan rakan-rakan Kabinet amat berdukacita atas pemergian Puan Noor Aishah Mohammad Salim, isteri Presiden pertama Singapura, Encik Yusof Ishak. Mereka, mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamha dalam masa yang sukar ini.

Allahyarhamha meninggal dunia dengan tenang di Hospital Besar Singapura pada hari Selasa, 22 April 2025 jam 4.28 pagi pada usia 91 tahun.

Puan Noor Aishah merupakan tunggak sokongan yang teguh kepada Presiden Yusof Ishak sepanjang tempoh perkhidmatnya dari tahun 1959 hingga 1970.

Ia merupakan tempoh penting dalam sejarah Singapura yang ditandai cabaran membina sebuah negara baharu. Allahyarhamha sangat terlibat dalam usaha kebajikan dan memperjuangkan pelbagai inisiatif sosial, khususnya dalam menyokong kaum wanita, kanak-kanak, dan golongan yang kurang bernasib baik.

Sikap Allahyarhamha yang lemah lembut, rendah hati serta dedikasinya yang tidak berbelah bahagi membuatkan beliau dihormati oleh rakyat Singapura daripada segenap lapisan masyarakat, dan terus menjadi sumber inspirasi kepada kita hingga ke hari ini.

Bagi menghargai sumbangan Allahyarhamha, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan telah menganugerahkan Pingat Kehormatan Khas kepada beliau pada 1971.

Sebagai mengiktiraf sumbangan Allahyarhamha, Pemerintah akan membantu pihak keluarga dalam pengurusan pengebumian

Allahyarhamha akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Negara Kranji pada hari ini bersebelahan Allahyarham Presiden Yusof Ishak. Sebagai tanda hormat, jenazah Allahyarhamha akan diberi penghormatan diusung menggunakan Pedati Meriam Upacara dari Masjid Ba’alwie ke Tanah Perkuburan Negara Kranji.”

PEJABAT PERDANA MENTERI SINGAPURA

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg