Sebagai seorang tokoh yang bukan sahaja memainkan peranan penting di sisi Presiden pertama Singapura, Allahyarhamha Puan Noor Aishah Mohammad Salim turut memberi sumbangan besar kepada masyarakat dengan caranya yang tersendiri, kata Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.
Dalam ucapannya kepada media di pekarangan Masjid Ba’alwie pada pagi 22 April, sebelum pengebumian isteri Presiden pertama Singapura, Allahyarham Yusof Ishak itu, Encik Wong...





