GENEVA: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus, mengumumkan bahawa agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu akan mengurangkan skala operasi dan jumlah kakitangan disebabkan kekurangan dana yang serius susulan pemotongan pembiayaan oleh Amerika Syarikat.
“Penurunan mendadak dalam sumber pendapatan telah menyebabkan jurang besar dalam pembayaran gaji, dan kami tiada pilihan selain mengurangkan skala kerja dan bilangan tenaga...





