ALOR SETAR (Kedah): Belum reda kes letupan dan kebakaran besar saluran paip gas milik Petronas di Subang Jaya, Selangor, pada 1 April, yang dikatakan berpunca daripada kerja mengorek tanah, satu lagi kebimbangan tragedi sama akan berulang di Pendang, Kedah.
Ini berikutan kerajaan negeri Kedah memaklumkan mengenai kes pencerobohan kawasan laluan paip gas milik Petronas dilaporkan berlaku di Kampung Sungai Jagung...





