Parti Kemajuan Singapura (PSP) menyeru pengundi agar menghantar lebih banyak wakil pembangkang ke Parlimen sambil berkata ini penting untuk mengelak risiko situasi yang menyaksikan kumpulan elit diberi kuasa menentukan dasar negara.
Dalam siaran politiknya di saluran Suria pada 25 April, Naib Pengerusi Kedua PSP, Encik A’bas Kasmani, menegaskan bahawa bilangan calon baru daripada kalangan bekas pegawai perkhidmatan awam dan tentera...





