Sambutan penduduk GRC Tampines semasa kempen Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025) sejauh ini mengukuhkan tekad Encik Faisal Manap untuk memimpin pasukan Parti Pekerja (WP) yang bertanding di kawasan itu.
Setelah berpindah dari GRC Aljunied, tempat beliau berkhidmat sebagai Anggota Parlimen (AP) selama lebih sedekad, Encik Faisal, 49 tahun, berkata interaksinya bersama penduduk dalam beberapa hari kebelakangan ini menguatkan lagi komitmen...





