GOA: Sekurang-kurangnya enam orang maut dan lebih 50 lagi cedera dalam kes rempuhan yang berlaku ketika perarakan keagamaan tahunan di sebuah kuil di Shirgaon, Goa, berlangsung awal pagi 3 Mei.
Kejadian tragik itu berlaku di Kuil Sree Devi Lairai, kira-kira 40 kilometer dari ibu negeri, Panaji, apabila ribuan orang yang berkumpul panik, mencetuskan suasana kelam-kabut dan rempuhan dalam kalangan orang...





