Model bahasa besar atau Large Language Model (LLM) yang dibangunkan di Singapura, Sea-Lion, semakin mendapat perhatian, dengan sekitar 235,000 muat turun setakat ini, didorong penggunaan oleh syarikat besar seperti GoTo Group di Indonesia.
Selepas melancarkan model terkini LLM yang mempunyai kemampuan “membuat pertimbangan lebih rasional” pada 15 April, para penyelidik di AI Singapore berkata mereka merancang menambah ciri pengenalan suara...





