RAWALPINDI (Pakistan): Tentera Pakistan berkata pada 8 Mei bahawa mereka telah menembak jatuh 25 dron India, sehari selepas keganasan terburuk antara dua negara bersenjata nuklear itu dalam tempoh dua dekad.
Perdana Menteri Pakistan, Encik Shehbaz Sharif, berikrar untuk bertindak balas selepas India melancarkan serangan peluru berpandu pada pagi 7 Mei.





