Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pakistan tembak jatuh 25 dron India

May 8, 2025 | 7:06 PM
Penduduk berkumpul ketika anggota polis menjalankan pemeriksaan pada 8 Mei 2025, di tapak yang kelihatan seperti lubang besar tempat sebuah dron dipercayai ditembak jatuh di Karachi, Pakistan.
Penduduk berkumpul ketika anggota polis menjalankan pemeriksaan pada 8 Mei 2025, di tapak yang kelihatan seperti lubang besar tempat sebuah dron dipercayai ditembak jatuh di Karachi, Pakistan. - Foto AFP

RAWALPINDI (Pakistan): Tentera Pakistan berkata pada 8 Mei bahawa mereka telah menembak jatuh 25 dron India, sehari selepas keganasan terburuk antara dua negara bersenjata nuklear itu dalam tempoh dua dekad.

Perdana Menteri Pakistan, Encik Shehbaz Sharif, berikrar untuk bertindak balas selepas India melancarkan serangan peluru berpandu pada pagi 7 Mei.

Kejadian terbaru itu meningkatkan lagi ketegangan antara kededua negara, selepas beberapa hari mereka berbalas-balas tembakan di sepanjang sempadan mereka.

Sekurang-kurangnya 45 kematian dilaporkan daripada kededua pihak susulan keganasan pada 7 Mei, termasuk kanak-kanak.

“Malam tadi, India sekali lagi menunjukkan tindakan pencerobohan dengan menghantar dron ke pelbagai lokasi,” kata jurucakap tentera Pakistan, Encik Ahmed Sharif Chaudhry, dari ibu pejabat tentera di Rawalpindi.

“Salah satu dron berjaya menyerang sasaran ketenteraan berhampiran Lahore,” katanya, sambil menambah bahawa empat anggota tentera di bandar itu cedera.

Letupan dapat didengar di seluruh Lahore.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam berkata lapangan terbang Karachi ditutup sehingga 6 petang, manakala di Islamabad dan Lahore ditutup sebentar “atas sebab satu operasi”.

Pakistan dan India telah terlibat dalam beberapa peperangan berkaitan dengan wilayah Kashmir yang majoriti penduduknya beragama Islam – yang terbahagi antara kedua-dua negara – namun masing-masing menuntut hak sepenuhnya.

“Kami akan membalas setiap titisan darah para syuhada ini,” kata Encik Sharif, dalam ucapan kepada rakyat Palestin. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg