KUALA LUMPUR: Wanita yang maut selepas dikatakan tercampak keluar dari sebuah van di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) pada petang 6 Mei, dikatakan bertengkar dengan suami dalam kenderaan sebelum dipercayai terjun.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata ia hasil siasatan awal dilakukan pihaknya selepas suami wanita terbabit ditahan susulan kejadian berlaku berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Awan...





