Masjid Ar-Raudhah bakal meneruskan usaha kelestarian alam sekitar menerusi program kitar semula berterusan yang dijalankan secara berkala sejak 2 Mac 2024. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama syarikat Renewed Resources Pte Ltd dan akan diteruskan pada 24 Mei 2025, bertempat di kawasan Courtyard@Masjid Ar-Raudhah.
Daya usaha yang dikenali sebagai ‘Raudhah Go Green’, atau Raudhah Hijau Lestari, ini menyediakan kemudahan kepada jemaah...





