KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki yang sudah berulat ditemui di kawasan hutan berhadapan bangunan Hard Rock Cafe, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, pada 15 Mei.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Penolong Pesuruhjaya Sulizmie Affendy Sulaiman, berkata pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menerima maklumat daripada seorang lelaki memaklumkan penemuan mayat itu.





