Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mayat berulat ditemukan di Jalan Sultan Ismail, KL

May 15, 2025 | 10:32 AM
Foto hiasan
Foto hiasan - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki yang sudah berulat ditemui di kawasan hutan berhadapan bangunan Hard Rock Cafe, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, pada 15 Mei.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Penolong Pesuruhjaya Sulizmie Affendy Sulaiman, berkata pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menerima maklumat daripada seorang lelaki memaklumkan penemuan mayat itu.

Menurutnya, siasatan di tempat kejadian dapati kawasan adalah hutan kecil dan berbukit, lapor Harian Metro.

“Si mati lelaki bangsa dan umur tidak dapat dipastikan dengan keadaan sudah berulat. Lelaki berpakaian T-shirt warna kelabu, berseluar pendek warna biru cerah, bertali pinggang dan memakai selipar warna biru,” katanya dalam satu kenyataan pada 15 Mei.

Beliau berkata pemeriksaan tubuh badan mayat setakat ini tidak menjumpai apa-apa dokumen.

“Mayat dibawa ke forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat yang akan dijalankan dan kes diklasifikasikan kematian mengejut (SDR),” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg