Meskipun berdepan cuaca hujan pada pagi 14 Mei, Clara Chua, dari Maktab Rendah Nanyang (NYJC) tetap menunjukkan prestasi cemerlang apabila beliau merangkul kemenangan dalam acara larian perseorangan perempuan Divisyen A sempena kejohanan merentas desa Sukan Sekolah Kebangsaan (NSG) yang berlangsung di OCBC Square.
Kemenangan itu melengkapkan kejuaraan ketiganya berturut-turut di NSG, selepas memenangi acara perlumbaan sama pada 2024 dan 2023...





