TELUK INTAN (Perak): Pemandu lori muatan batu yang memandu secara berbahaya hingga mengakibatkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) pada 13 Mei lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Teluk Intan, Perak, pada 16 Mei.
Tertuduh, Rudi Zulkarnain Mat Radi, 45 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas sembilan tuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Norhamizah Shaiffuddin yang bertindak...





