Semasa menuntut dalam jurusan Teologi Islam di Brunei pada 2021, Encik Muhammad Noor Firdaus Zainal kagum melihat betapa bersih dan teratur surau di sana.
Sebaliknya, beliau sering mendengar rungutan tentang keadaan musala di tanah air, dengan ada dalam kalangan rakyat Singapura yang berasa kurang selesa atau ragu-ragu untuk menunaikan solat di tempat sedemikian yang disediakan oleh pihak pengurusan di tempat...





