PASIR MAS (Kelantan): Seorang wanita warga emas meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh perigi di Kampung Lumpur, Alor Pasir, pada 22 Mei.
Mangsa, Hasmah Hussin, 79 tahun, yang dibawa naik dari perigi oleh orang awam disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi, lapor Berita Harian Malaysia.





