Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga emas maut jatuh perigi di Kelantan

May 23, 2025 | 10:06 AM
Malaysia, Kelantan, warga emas, jatuh, perigi
Wanita warga emas meninggal dunia dipercayai terjatuh perigi di Kampung Lumpur, Alor Pasir, Pasir Mas di Kelantan pada 22 Mei. - Foto BHM

PASIR MAS (Kelantan): Seorang wanita warga emas meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh perigi di Kampung Lumpur, Alor Pasir, pada 22 Mei.

Mangsa, Hasmah Hussin, 79 tahun, yang dibawa naik dari perigi oleh orang awam disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi, lapor Berita Harian Malaysia.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Bharu, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Zain Abu Hassan berkata enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wakaf Bharu dibantu BBP Pasir Mas dihantar ke lokasi sebaik menerima panggilan kejadian.

“Sebaik tiba, mangsa sudah dikeluarkan dari perigi dengan bantuan orang awam, sebelum mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg