Sedang Singapura mengharungi masa yang mencabar di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang berterusan, masyarakat perlu kekal bersatu supaya dapat mengatasinya bersama, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Beliau berkata demikian kepada media semasa menghadiri acara berbasikal masyarakat pertama Wisma Geylang Serai (WGS), ‘Cyclation 2025: Jom Berbasikal!’, pada 25 Mei.





