Kerajaan Johor akan melaksanakan pendekatan lebih tegas dan menyeluruh bagi menangani isu pembuangan sampah haram, selaras dengan perintah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, yang mahu tindakan keras dikenakan terhadap individu yang tidak bertanggungjawab mencemarkan sungai dan persekitaran negeri itu.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata kenyataan Tunku Mahkota Johor baru-baru ini jelas menunjukkan sudah tiba masanya kerajaan negeri...





