Perancangan sedang dijalankan bagi memastikan warga emas mempunyai satu titik kontak bagi penjagaan masyarakat, sedang pihak berkuasa berusaha menyepadukan perkhidmatan sedemikian bagi penduduk yang semakin menua di sini, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, pada 28 Mei.
Selain meluaskan perkhidmatan masyarakat secara individu, penyepaduan tersebut akan memudahkan keluarga mengakses perkhidmatan dan beralih antara pelbagai perkhidmatan, katanya semasa Seminar Rancangan...





