Sejak beberapa minggu lalu, sebilangan pelanggan FairPrice Finest di Sengkang Grand Mall telah menggunakan troli yang dilengkapi dengan skrin sentuh dan pengimbas kod bar.
Troli pintar itu menawarkan panduan penunjuk arah di dalam pasar raya, cadangan pembelian yang diperibadikan, serta membolehkan pelanggan membuat bayaran tanpa perlu beratur di kaunter.





