Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, permintaan terhadap lembu hibrid pedaging atau lebih dikenali sebagai lembu ‘sado’ untuk dijadikan haiwan korban pada Aidiladha di Malaysia semakin meningkat.
Walaupun harga seekor lembu ‘sado’ menyamai harga sebuah kereta Perodua Axia – antara RM25,000 ($7,591) dan RM50,000 – mutu dan kuantiti daging yang tiga kali ganda lebih banyak daripada lembu baka tempatan membuatkan lembu...





