KUALA LUMPUR: Fenomena cuaca panas yang melanda beberapa negeri di Malaysia membawa rezeki berganda buat peniaga, terutama penjaja minuman, pengusaha tanaman tembikai dan alat penghawa dingin, yang menyaksikan perniagaan mereka melonjak sehingga 40 peratus.
Di Pasir Puteh, Kelantan, peniaga buah-buahan, Encik Yushairan Hashim, 33 tahun, berkata tembikai kini menjadi pilihan utama pelanggan yang ingin melegakan tekak meskipun harganya kini mencecah...





