Sepanjang Jalan Mempurong di Sembawang yang biasanya sunyi dan bercahaya malap menuju ke Masjid Petempatan Melayu Sembawang menjadi lebih riuh dan terang sekitar 4 pagi pada 5 Jun, apabila bunyi enjin dan pancaran lampu kenderaan memecah keheningan awal pagi.
Dua treler yang membawa 270 ekor biri-biri dalam kandang tiba di masjid tersebut, sebagai sebahagian daripada 1,050 haiwan hidup yang diterbangkan...





