WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, berkata ia akan mengerahkan 2,000 tentera Pengawal Kebangsaan bagi membantu ejen federal di Los Angeles yang berdepan dengan penunjuk perasaan buat hari kedua susulan serbuan pihak imigresen terhadap pendatang haram.
Setiausaha Pertahanan, Encik Pete Hegseth pula memberi amaran bahawa Pentagon bersedia untuk mengerah tentera “jika keganasan berterusan” di Los Angeles, sambil menyatakan...





