KUALA LUMPUR: Kabinet Malaysia akan membuat keputusan bersama berhubung kontroversi melibatkan kilang ‘vape’ atau rokok elektronik milik syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat yang dilaporkan mengeluarkan peralatan berkaitan ganja di Johor, kata Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
“Kami akan bentangkan perkara ini kepada Kabinet terlebih dahulu dan keputusan akan dibuat secara kolektif,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan...





