Apa yang tampak seperti seni bina biasa pada mata orang lain, dianggap Mohammad Zulkhairi Lutfi Mohd Azam sebagai karya seni yang ekspresif – dilukis dengan warna dan garisan yang penuh perincian dan emosi.
Meskipun menghidap Kecelaruan Spektrum Autisme (ASD) dan Gangguan Hiperaktif Kurang Tumpuan (ADHD), Zulkhairi, 19 tahun, mampu memberi tumpuan sepenuhnya kepada subjek yang memikat hatinya — dalam hal...





