Keindahan panorama dan memiliki mercu tanda terkenal seperti menara kedua tertinggi di dunia, Merdeka 118 yang dipaparkan dalam filem terbitan Marvel Studios, Thunderbolts membuktikan Malaysia mampu menarik perhatian penerbitan antarabangsa.
Bukan sahaja dari sudut pelancongan, tarikan lain yang mendorong penerbitan antarabangsa menjadikan Malaysia sebagai lokasi penggambaran dengan pemberian Insentif Filem Malaysia (FIMI) iaitu rebat tunai sebanyak 30 peratus kepada penerbitan...





