Tidak dapat disangkal, sejak beberapa tahun lalu, kes penipuan haji di Malaysia kian meningkat, walaupun kerajaan dan pihak berkuasa Malaysia berulang kali mengeluarkan peringatan supaya umat Islam berwaspada daripada terpedaya dengan helah pihak yang tidak bertanggungjawab.
Menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dilaporkan media Malaysia, sebanyak 11 kes penipuan pakej haji direkodkan pada 2023 membabitkan nilai kerugian mencecah RM650,000...





