KAHIRAH: Tembakan dan serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 60 rakyat Palestin di Gaza pada 11 Jun, kebanyakan mereka di pusat agihan bantuan kelolaan Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF) yang disokong Amerika Syarikat, di tengah wilayah pantai itu.
Pegawai perubatan di Hospital Shifa dan Al-Quds berkata sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dan berpuluh-puluh cedera akibat tembakan tentara Israel ketika mereka menghampiri tempat agihan...





