Income Insurance akan memberi perlindungan kepada pelanggan yang layak, khususnya yang telah membeli insurans perjalanannya dengan perlindungan bagi pembatalan pra-perjalanan, sekiranya mereka terjejas akibat penutupan Jetstar Asia.
Dalam kenyataan kepada Berita Harian (BH) pada 12 Jun, Income Insurance berkata ia telah memutuskan menyediakan perlindungan “sebagai sebahagian daripada muhibah” walaupun pemberhentian operasi Jetstar Asia tidak termasuk dalam “acara yang diinsuranskan” sekiranya...





